Tart Tamar
Halaman Utama
Pilihan Tart Tamar
Latar Belakang tamarmart.com
Info Buah Tamar Tempahan Tart Tamar
Hubungi tamarmart.com

Latar Belakang


Pemilik

 


TamarMart.com telah ditubuhkan pada Julai 2008. TamarMart adalah salah satu cabang perniagaan di bawah satu bumbung dengan Perniagaan Al Basith yang telah memulakan perniagaan menjual kuih raya secara kecil-kecilan sehinggalah berjaya mengembangkan perniagaan ini seperti sekarang.

Pada awal pembabitan, perniagaan menjual kuih raya ini dimulakan dengan modal yang sedikit. Penjualan hanya tertumpu pada sahabat, rakan kerja, jiran tetangga dan juga ahli keluarga. Setelah melihat permintaan dari pelanggan amatlah menggalakkan, kami mengumpul modal dan telah bersungguh-sungguh menjayakan perniagaan kami.

Setiap produk kuih atau biskut yang dibuat merupakan hasil yang asli dan dijamin halal. Kini kami mengeluarkan keluaran produk yang terbaru yang dinamakan Tart Tamar yang mana produk kami ini dihasilkan berasaskan buah tamar dan ianya merupakan satu langkah baru dalam perniagaan online.

Kini mengikut langkah Tart Tamar, kami memperkenalkan satu lagi produk terbaru kami iaitu SOS TAMAR, idea yang asli dari ibu dan semestinya ianya baru dan lain dari yang lain.

Kami sentiasa menjanjikan menghasilkan produk-produk baru yang bermutu dan mengikut citarasa pelanggan kerana ianya merupakan keutamaan kami.

Berhasrat untuk meluaskan perniagaan ke pasaran yang lebih luas, kami berusaha dalam memperkenalkan setiap produk kami kepada pelanggan dengan lebih cepat dan mudah.


COPYRIGHT 2008 ©. TAMARMART. ALL RIGHTS RESERVED - Designed by perekaweb.com