Habbatus Sauda ataupun
nama saintifiknya Nigella Sativa, adalah sejenis
tumbuhan rerumput kecil yang berbunga secara tahunan. Ia banyak
didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun.
Banyak kajian antarabangsa yang telah dijalankan membukti keberkesanan
Habbatus Sauda dalam merawat & memelihara kesihatan.
Habbatus Sauda mengandungi
monosaccharide glukosa, xylosa, polysaccharide, asid lemak tak jenuh
(unsaturated essential fatty acids, EFA). EFA tidak boleh dihasilkan
oleh badan kita oleh kerana itu sumber utamanya ialah dari makanan.
Habbatus Sauda juga mempunyai 15 jenis asid amino yang membentuk
protein, karotene iaitu sumber vitamin A, kalsium, zat besi, dsb.
Menurut beberapa hasil penelitian
lainnya, Habbatus Sauda memiliki pelbagai khasiat dengan izin Allah
S.W.T. Antaranya:
1. Menguatkan sistem imuniti manusia.
2. Melawan & menghancurkan sel-sel kanser/tumor.
3. Mengubati reumatik, peradangan serta infeksi.
4. Menghentikan dan menyembuhkan penyakit pilek.
5. Jika digoreng & dibakar kemudian dicium terus-menerus dapat
membuang angin
dalam perut.
6. Membunuh cacing-cacing parasit jika dimakan sebelum makan pagi dan
jika diletakkan di atas perut dari bahagian luar sebagai aromaspa atau
luluran.
7. Minyaknya bermanfaat untuk menyembuhkan gigitan ular, juga bengkak
di dubur dan tahi lalat.
8. Menghilangkan batuk, selsema, sesak nafas & asma.
9. Melancarkan haidh.
10. Mengurangkan kolesterol.
Diriwayatkan dari Aisyah ra, beliau
mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: "Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda'
boleh menyembuh segala penyakit kecuali Al-Sam". Aku bertanya "Apakah
Al-Sam itu? Baginda menjawab, "Al-Sam itu alah maut"
Riwayat Imam Bukhari.